Friday 5 August 2011

SESB Pertingkat Teknologi

KOTA KINABALU: Kerja-kerja mengesan kerosakan pada kabel bawah tanah akan menjadi lebih mudah dan pantas apabila empat unit kenderaan ‘cable fault location system in a test van’ akan mula digunakan sepenuhnya oleh SESB mulai minggu hadapan iaitu pada 8 Ogos 2011.
Pengurus Besar Kanan ( Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn. Bhd, Ir. Hj Abd. Razak Sallim, berkata penggunaan kenderaan ini akan memberikan kesan positif terhadap tempoh pemulihan bekalan elektrik ataupun System Average Interuption Duration Index (SAIDI) di sesebuah kawasan itu.
“Selain itu, setiap satu van ini akan ditempatkan di empat kawasan utama di Sabah untuk keperluan seharian (Pejabat kawasan SESB) iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan nilai keseluruhan (kenderaan) berjumlah RM1,949 000.
“Kenderaan yang dikenali sebagai ‘Cable fault location system in a test van’ ini juga terbahagi kepada dua jenis dan pada masa yang sama akan dapat mengurangkan tahap gangguan dan akan dapat meningkatkan perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Kunci Kenderaan ‘Cable Fault Location Set In A Test Van’ di Lobi Wisma SESB, di sini, kelmarin.
Katanya, satu unit adalah untuk kegunaan sistem penghantaran dan pembahagian (transmission and distribution system) di Kota Kinabalu yang bernilai RM516,500.
“Manakala tiga (3) unit lagi untuk kegunaan sistem pembahagian (distribution system) di Tawau, Sandakan dan W.P Labuan berjumlah (keseluruhannya) RM143,500.
“Kesemua unit ini akan digunakan pada rangkaian sistem pembahagian (distribution network) kabel Voltan Sederhana (Medium Voltage) seperti 11kV (Kilovolt) dan 33kV serta rangkaian sistem penghantaran (transmission network) kabel Voltan Tinggi (High Voltage) seperti 66 kV dan 132 kV,” jelasnya.
Penggunaan peralatan ini di bandar-bandar yang mempunyai rangkaian sistem kabel bawah tanah yang tinggi seperti Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan W.P Labuan akan memberikan sumbangan terhadap SAIDI SESB.Jumlah SAIDI Sabah setakat 1 Ogos 2011 adalah 332.05 minit bagi setiap pengguna. Sumber :News Sabah Times Online

0 comments:

Post a Comment