Friday 5 August 2011

OKU Perlu Diterima Masyarakat



KOTA KINABALU: Yang DiPertua Badan Amal dan Kebaji- kan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor menyeru seluruh masyarakat di negara ini supaya tidak me- mandang ringan kebajikan dan keupayaan anak-anak istimewa, sebaliknya sentiasa bersedia menerima kehadiran mereka dalam masyarakat.
Isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti itu berkata, ini kerana setiap golongan istimewa atau Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai kelebihan dan keupayaan masing-masing yang setara dengan anak-anak sempurna, bahkan mungkin lebih hebat dari kanak-kanak normal.
“Misalnya Oscar Pistorius, yang kudung kedua-dua kakinya, kini seorang pelari pecut, begitu juga dengan Profesor Stepthen Hawkings, menghadapi celebral palsy kini seorang pakar Fizik dan Matematik.
“Tom Whittaker, kudung dari kaki hingga lutut pengasas Coope- rative Wilderness Handicapped Outdoor Group dan juga pendaki Everest kudung yang pertama dan Marla Runyan, wanita yang cacat penglihatan tetapi kerjayanya adalah seorang pelari Olimpik.
“Justeru saya berharap tiada lagi kekangan minda kalangan ibu bapa mahupun guru-guru di Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan masyarakat agar anak-anak istimewa keluar dari kepompong ‘tidak ku duga cacat begini” sebaliknya berkata “saya tidak melihat diri saya sebagai seorang OKU’,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Program Semai Bakti kepada Golongan OKU, di1Borneo, di sini, kelmarin.
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Yang DiPertua Bakti Puan Sri Hajah Noorainee Abdul Rahman, Isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) Datin Seri Panglima Hajah Faridah Tussin, Menteri Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Senator Datuk Armani Mahiruddin, ahli-ahli Bakti dan Bakisa.
Rosmah berkata, turut menyeru agar setiap badan amal negeri terus mengambil inisiatif dan tidak berputus asa melaksanakan program-program yang dapat mempersiapsiagakan golongan OKUke tahap yang lebih tinggi.
“Tingkatkan kolaborasi dengan pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan, golongan korporat mahupun individu agar kata sepakat dapat dicapai supaya mereka sentiasa menjadi sebahagian daripada masyarakat,” katanya.
Katanya, Program Semai Bakti adalah program khusus untuk menyalurkan khidmat bakti kepada golongan OKU di negara ini.
“Program ini adalah usaha sama Bakti, Badan Amal Negeri, pihak kerajaan dan swasta yang bergabung tenaga bagi melahirkan rasa prihatin dan penyayang rakyat Malaysia kepada setiap golongan masyarakat di negara ini.
“Ia bersesuaian dengan seruan Perdana Menteri kita yang ingin melihat terbinanya sebuah negara Malaysia yang rakyatnya prihatin dan penyayang,” katanya.
Beliau berkata selaras dengan seruan itu, Semai Bakti telah melancarkan program Satu PDK, Satu Produk, Penghijauan PDKatau penyediaan edible garden dan juga ternakan, di samping penganjuran program-program sedia ada seperti talentime istimewa untuk golongan OKU.
Rosmah berkata, pada tahun ini Program Semai Bakti menyerahkan sumbangan sejumlah RM54,000 kepada PDK di negeri ini bagi melaksanakan aktiviti tahunan mereka.
“Bakti membuat keputusan untuk menaikkan sumbangan kepada setiap PDK di Sabah daripada RM1,000 pada tahun lalu kepadaRM2,000 pada tahun ini kerana Bakti berjaya mengumpul dana sebanyak RM25 juta pada malam kebajikan Bakti.
“Selain itu Bakti juga menyerahkan bantuan berjumlah RM15,000 untuk diagih-agihkan oleh pihak Bakisa kepada anak-anak OKU di pusat PDK yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.
Pada majlis itu Rosmah turut menyampaikan duit raya sumbangan Perdana Menteri kepada guru-guru PDK.
Pengarah Urusan Sagajuta Sdn.Bhd Raymond Chan juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 iaitu masing-masing RM10,000 untuk Bakti dan Bakisa bagi membolehkan kedua-dua badan amal itu melaksanakan aktiviti mereka.Sumber : News Sabah Times

0 comments:

Post a Comment