Saturday 6 August 2011

900 Pelajar Terima Komputer

PAPAR 5 Ogos - Pelajar yang menerima komputer riba 1Malaysia diingatkan supaya tidak melakukan kesalahan siber termasuk menghantar e-mel lucah, menulis komen memfitnah dan mengaibkan.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, pelajar perlu menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan itu untuk pembelajaran.
"Dalam hal ini, ibu bapa wajar memainkan peranan memantau penggunaan Internet mahu pun peranti komunikasi seperti telefon bimbit dalam kalangan anak-anak bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang berkata demikian ketika berucap di majlis Penyerahan Komputer Netbook 1Malaysia di Dewan Maktab Rendah Sains Mara di sini, hari ini.

0 comments:

Post a Comment