Tuesday 9 August 2011

Sabah Sedia Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13

SEMPORNA: Semua 25 Bahagian Umno di Sabah diarah supaya menggerakkan persiapan dan jentera masing-masing bagi menghada- pi Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU-13) akan datang, selain terus pro-aktif me- nambah ahli-ahli Umno.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, sebarang kelemahan atau kepincangan yang ada juga perlu segera diatasi agar ia tidak menjejaskan persediaan dan persiapan yang sudah dibuat.

“Kita belum tahu tarikh pilihan raya. Tetapi jentera parti perlu bersiap sedia menghadapi PRU-13 dengan memastikan pencapaian men- yapu bersih semua kerusi yang ditandingi pada pilihan raya lalu dapat dipertahankan lagi,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyeru pemimpin Umno di semua peringkat supaya men- dekati ahli-ahli di peringkat akar umbi serta pengundi- pengundi muda demi memastikan sokongan dan undi mereka pada PRU-13 berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Peng- erusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 6, di daerah ini, Ahad lalu.

Di majlis itu, Musa turut memberitahu bahawa Program Juara Rakyat yang dilaksanakan oleh Umno dilihat mendapat sokongan dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat dan justeru, program itu akan terus diperhebatkan di negeri ini.

Dengan adanya program itu katanya, ia bukan sahaja men- dekatkan hubungan di antara pemimpin dengan rakyat malah menyelesaikan banyak isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Menyentuh hal lain, Musa berkata, Umno pada bulan Ramadan tahun ini akan mene- ruskan tradisinya berbuka bersama rakyat serta menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, seperti yang dilakukan pada tahun- tahun yang lalu.

Seramai 250 orang fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas menerima sumbangan wang zakat masing-masing di majlis itu.

Hadir sama ialah Naib Presiden Umno Malaysia merang- kap Ketua Umno Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Umno Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, Ketua Umno Tawau, Datuk Tawfiq Datuk Seri Abu Bakar Titingan dan beberapa pemimpin Umno lain. Sumber News Sabah Times

0 comments:

Post a Comment