Tuesday 16 August 2011

Batu Punggul Bakal Jadi Pusat Peranginan Baharu Di Sabah

Satu lagi produk pelancongan akan wujud di Negeri Sabah dengan terlaksananya projek pembangunan Batu Punggul sebagai pusat peranginan di negeri ini.Pembantu Menteri Kebudayaan,Pelancongan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Alfred angin menyatakan perkara tersebut pada majlis penutupan penuaian 'Tagal' Kg Ansip.
Batu Punggul yang memang sudah sedia dikenali dikalangan pendudukan tempatan malah pelancong dari luar negara memang sesuai dibangunkan sebagai salah sebuah produk pelancongan di negeri ini disamping membantu menjana pendapatan sampingan  isirumah dikawasan tersebut dengan penglibatan penduduk kampung dalam program 'home stay'
Batu Punggul yang terkenal dengan terdapat banyak spesis tumbuhan yang menarik dan selain haiwan dan unggas akan dibina sebuah rumah lansaran,pengangkutan dengan bot(enjin sangkut) juga akan diusahakan bagi memudahkan perhubungan.

Kes Bunuh Timbalan pengarah Veterinar Perak:Pengawal Keselamatan Didakwa

Seorang pengawal keselamatn dihadapakan ke Makhkamah Majistret atas tuduhan membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak Dr.Rohani KasimP pada 3 Ogos lepas di sebuah pangsapuri kediaman Pegawai tersebut.
Bagi kesalahan tersebut,pengawal keselamatn terbabit akan didakwa mengikut kanun keseksaan yang akan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pengambilan Pelajar Baru KLMU 2011 Di Sabah

Kuala Lumpur Metropolitan University College akan mengadakan pengambilan pelajar  bagi sesi 2011 dan akan menemui anda di lokasi-lokasi berikut di negeri Sabah;
18 Ogos 2011 di Pejabat Mara Daerah Kudat bermula masa 10.00 pg-12 t/hari dan Hotel Marudu Inn Daerah Kota Marudu masa 2.00ptg-4.00ptg
19 Ogos 2011 di  Dewan Masyarakat Ranau masa 10.00 pg-2.00 ptg)
20 Ogos 2011 di Pejabat Pendaftaran.Menara MAA,Ting.6,Api-Api Centre Kota Kinabalu masa 9.00pg-1.00ptg
25 Ogos 2011 di Perpustakaan Daerah Papar masa 10.00pg-12.00ptg dan Hotel Jasaria,Beaufort masa 2.00ptg-4.00ptg
Pelbagai kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan kerjaya yang anda minati..
Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh SMS ke KLMU KK<jarak>NAMA<jarak>DAERAH dan hantar ke 019-8807662,hubungi talian 088-258720 atau datang terus ke Kolej Kerjasama Cosmopoint International College of Technology,Wisma Times,No.2 1KM,Jalan Tuaran ByPass,88450 Kota Kinabalu,Sabah.


College Of Nursing & Allied Health :Pengambilan Baru Sesi Ogos & Sept 2011

Kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan,pihak pengurusan College Of Nursing & Allied Health akan mengadakan temuduga terbuka pada ketetapan berikut:
Tarikh 15 Ogos 2011-Majlis Daerah Kota Belud(9.30pagi-12.00t/hari),Majlis Daerah Kota Marudu(2.30 ptg-4.00 ptg)
Tarikh 16 Ogos 2011-Pejabat Daerah Tambunan (9.30 pagi-12.00 t/hari),Pejabat Daerah Keningau (2.30ptg-4.00ptg)
Tarikh 17 Ogos 2011-Perpustakaan Awam Daerah Papar(9.3- pagi-12.00 t/hari),Majlis Daerah Beaufort (2.30ptg-4.00 ptg)
Tarikh 18 Ogos 2011-Majlis Daerah Ranau (9.30 pagi-12.00t/hari),Perpustakaan Awam Tuaran (2.30 ptg-4.00ptg)
Tarikh 19 Ogos 2011-Pejabat Mara Negeri Sabah,Asia City Kota Kinabalu(9.30pagi-1.00 Petang)

Sila bawa bersama dokumen seperti berikut:-
1.Satu salinan dan Slip Sijil Asal Keputusan SPM
2.Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan K/P Ibubapa
3.Yuran Proses(RM30.00)-Tidak dikembalikan
Bagi syarat kemasukan(tertakluk kepada terma dan syarat)-LULUS SPM/STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian keatas dan mendapat kepujian atau Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia dan salah satu mata pelajaran Sains.

Maklumat lanjut sila hubungi,Pusat Induk Kuching PASHA(0168862987),ADRIAN(0168595540),SOSA(0194720401)cawangan Kota Kinabalu-ANNIE(016-8311796),Cawangan Miri-DAVE (019-8590690)-RANDY(019-4890334)

Mentega Pure Creamery Butter-Golden Churn'Tidahk Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Ketua Pengarahnya Othaman Mustapha mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn'yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.Berikutan selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk tersebut.Pihak Jakim meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri yang telah mengeluarkan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Oleh hal yang demikian umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut.

Friday 12 August 2011

Pemberian Bonus Kerajaan Negeri Sabah 2011

Kota Kinabalu:Penjawat awam kerajaan negeri Sabah tidak perlu risau mengenai ketiadaan pemberian bonus kepada kakitangan awam negeri ini berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada setiap penjawat awam persekutuan dan pesara kerajaan pada pertengahan bulan ini.
Datuk Seri Najib berkata pemberian bonus ini adalah menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam menjayaakan perlaksanaan program pembangunan negara selain meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan sempena menjelangnya sambutan hari raya aidilfitri tahun ini.
Justeru itu kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman sememangnya perihatin terhadap kakitangan awam negeri ini,Seperti sebelum ini apabila kerajaan mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam persekutuan kerajaan negeri ini tidak pernah gagal membayar seperti dilakukan oleh kerajaan pusat.Oleh itu kata  Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(Cuepacs) cawangan Sabah,Pengiran Anak Pengiran Mubin meminta agar penjawat awam di semua peringkat di negeri ini yang berskala besar iaitu lebih 25,000 orang termasuk badan-badan berkanun dan Pihak berkuasa Tempatan (PBT) supaya membalas keprihatinan kerajaan itu dengan bekerja lebih keras dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar dan program yang sedang dan akan dijalankan termasuk RMK-10,Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA),Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transaformasi Ekonomi (ETP).
Pada selasa lalu 5 kerajaan negeri iaitu Terengganu,Kelanatan,Pahang,Perak dan Negeri Sembilan telah mengikut langkah kerajaan pusat denga memberi bonus.



Muhammad Asyraf Haziq Rosli Mendapat Keprihatinan Warga London


PETALING JAYA: Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lepas.
Laman web tersebut boleh dilayari di http://something-niceforashraf.tumblr.com.
Diwujudkan oleh warga London oleh individu yang hanya dikenali dengan panggilan, The Minimalist dengan menggunakan tagline, 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.
Laman web tersebut turut melancarkan satu kutipan dana bagi membantu Muhammad Asyraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.
Antara cadangannya ialah membayar yuran pengajian Muhammad Asyraf, menaja perbelanjaan keluarga pelajar itu untuk melawatnya di London, membelikan semula barangan yang dicuri termasuk permainan video PSP, basikal dan telefon bimbit.
Laman web itu turut memaparkan video daripada YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remajaberkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.
Berdasarkan pemerhatian mStar Online, pengendali laman web berkenaan turut memaklumkan bahawa dalam tempoh beberapa hari sahaja mereka telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM20,000.
"Kita telah menerima sokongan daripada pelbagai pihak. Kami amat berterima kasih kepada semua.
"Sekiranya sumbangan yang diterima mencukupi kami akan menutup laman web ini pada 12 Ogos ini, (Jumaat)," kata pengendali laman web berkenaan.
Isnin lepas, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dandisamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.
Rusuhan bermula di London beberapa hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar termasuk Birmingham, Liverpool, Bristol dan Manchester.

Projek Pusat Komersial Muara Labuk Beluran


BELURAN 11 Ogos – Projek Pusat Komersial Muara Labuk bakal menjadi satu mercu tanda baru bagi Pekan Beluran. Kedudukannya yang strategik iaitu di tengah-tengah pekan sudah pasti akan meningkatkan imejnya sebagai hentian setempat pekan itu.
Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd. (SUDC), Datuk Juslie Ajirol berkata, pembangunan projek itu akan memfokuskan pada usaha mewujudkan sebuah pusat komersial yang inovatif dan moden sekali gus memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat.
Menurut beliau, konsep reka bentuk bangunan di pusat komersial yang dijangka siap pada Jun 2013 itu akan menggalakkan aliran lalu lintas di mana disediakan ruang letak kereta yang banyak bagi keselesaan pengunjung.
“Antara ciri utama pembangunan projek ini termasuklah 21 unit rumah kedai dua tingkat dengan keluasan 2,500 kaki persegi setiap unit, 85 ruang letak kereta dan 17 ruang letak motosikal dan ruangan khas bagi pemunggahan barang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pelancaran projek Pusat Komersial Muara Labuk yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Michael Asang di Dewan Masyarakat Pekan Beluran di sini, baru-baru ini.
Tambah Juslie, pusat komersial pertama di pekan itu sudah tentu akan meningkatkan keindahan Pekan Beluran yang bakal menjadikannya pilihan utama para pengunjung untuk membeli-belah.
Malah, katanya, ia juga akan memberi impak ekonomi yang dijanakan melalui pewujudan sektor peruncitan dan aktiviti perniagaan yang sudah tentu bakal menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, SUDC selain berperanan sebagai pemaju hartanah berorientasikan komersial, turut memberi tumpuan sebagai ejen pembangunan setempat.
Sumber Utusan Online

Perhimpunan Haram Di Kuching 13 Ogos


KUCHING 12 Ogos — Polis hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan anjuran Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) esok kerana tiada sebarang permit dikeluarkan untuk tujuan itu.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, polis telahpun mendapat perintah mahkamah semalam (11 Ogos) untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut jika mereka masih lagi enggan mematuhi arahan yang telah diberikan polis.

"Polis juga telah diberikan kuasa untuk menahan sembilan indidivu termasuk Ketua MoCS Franchis Siah sendiri jika mereka turut berada di kawasan sekitar halaman Muzium Sarawak petang esok,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, untuk memastikan keadaan terkawal, pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa lokasi strategik sekitar kawasan yang dirancang untuk perhimpunan itu.

Menurutnya polis juga sudahpun bersedia dengan beberapa strategi untuk mengawal sebarang perhimpunan haram berdasarkan kepada beberapa pengalaman sebelum ini. — Bernama

Thursday 11 August 2011

SPNB-Pembeli Rumah Tidak Puas Hati

Aduan berkaitan masalah kelewatan serah kunci kepada pembeli  merupakan salah satu punca pembeli-pembeli rumah SPNB tidak berpuas hati dengan  syarikat perumahan itu.
Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Hj Okin yang diminat mengulas isu ini  berkata pihak tertentu seharusnya merujuk terus kepada SPNB kerana ianya bukan bidang tugas kementerian beliau.Beliau juga yakin dan percaya SPNB tidak akan mengecewakan pembeli-pembeli rumah dan beliau yakin setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya.
Lajim yang juga Ketua UMNO Bahagian Beaufort  turut menghadiri majlsi berbuka puasa bersama anggota perkhidmatan awam di Masjid daerah Beaufort turut menyampaikan bantuan zakat dan sumbangan beras kepada 220 fakir miskin dan muaalaf sekitar Dearah Beaufort bagi meringan beban sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak dan menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
Pada majlis tersebut LAjim berharap semua penjawat awam rajin menilai dan mengkaji perubahan semsa bagi meningkatkan system penyampaian yang berkualiti dan bermutu juga melaksanakan usaha inovasi dan penambahbaikan system penyampaian  perkhidmatan bagi mencapai hasrat menjadi sebuah Negara maju.

Tuesday 9 August 2011

Curi Kabel SESB Rugi RM300,000

TAWAU: Lebih 37,000 pengguna di daerah ini terpaksa berdepan dengan gangguan bekalan elektrik pada Ahad berikutan tindakan beberapa individu tidak dikenali yang didapati memotong kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kg. Jawa di sini, dipercayai dengan niat untuk mencurinya.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah sekitar kawasan Pejabat Kawasan SESB, Jalan Apas Parit, Tiku, Jalan Sin Onn, Jalan Belunu, Wisma Takada, Jalan Bahagia, Jalan Dinamik, Tanjung Batu, Ladalam, Kampung Asli, Bong Yap Industries, Hotel Emas dan sepanjang Jalan Muhibbah.

Pengurus SESB Zon Selatan Tawau, Rudy Thaddeus berkata, kabel yang dipotong itu merupakan kabel bawah tanah 33 KV, yang menjadi kabel utama pembekalan kuasa elektrik kepada sebahagian pengguna di daerah ini.

Menurutnya, SESB terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM300,000 akibat kerosakan yang berlaku, dan masalah bekalan terbabit berlaku pada jam 3.58 petang sehinggalah bekalan berjaya dipulihkan pada jam 5.47, hari yang sama.

Individu-individu yang bertindak memotong kabel berkenaan pula ujarnya berjaya melarikan diri.

Rudy berkata, sebaik mendapat maklumat tentang kejadian itu, pihaknya segera melakukan kerja-kerja pembaikan dan masalah bekalan berjaya dipulihkan pada jam 5.47 petang, hari yang sama.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya yang dihantar kepada New Sabah Times.

Dalam hal berkaitan, beliau memberitahu bahawa dua kes cubaan mencuri kabel bawah tanah direkodkan berlaku di Sabah sejak Januari lalu.

Kejadian pertama ujarnya berlaku pada 19 Julai apabila beberapa individu bertindak membakar kabel bawah tanah 66 kv milik SESB di Kg. Melawa, Sepanggar sekaligus menyebabkan penduduk di kawasan Tuaran dan Sepanggar terpaksa bergelap selama kira-kira sejam.

Kejadian pada Ahad itu pula katanya adalah kejadian terbaru yang direkodkan pihaknya.

Dalam pada itu, Rudy memberitahu bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab memotong kabel bawah tanah SESB bukan sahaja boleh merosakkan pemasangan SESB malah memberi impak kepada bekalan yang disalurkan kepada penduduk sekitar.

Oleh demikian, beliau meminta kerjasama masyarakat agar menghubungi pihak SESB di talian 088-282 455, jika melihat orang yang mencurigakan di kawasan pemasangan SESB.
Sumber News Sabah Times

Hary Nianti Lancar Album "Kada Pologoso" Malam Ini

MALAM ini bakal mencatit satu lagi memori indah buat jejaka kelahiran Beluran, Peter Haryson Nianti atau lebih dikenali sebagai Hary Nianti dalam perjalanan seni beliau.

Album sulungnya yang diberi judul ‘Kada Pologoso’ akan dilancarkan secara rasmi di Damai Club, Penampang bermula pada jam 7 malam dan dijangka berakhir pada jam 10 malam nanti.

Tanpa aral melintang, acara pelancaran itu bakal disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Donald Peter Mojuntin.

Menurut Hary yang dihubungi baru-baru ini, selain daripada para pengunjung berpeluang menikmati harga promosi albumnya, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan demi mendekatkan dirinya dengan pengunjung yang hadir.

“Kepada yang berkesempatan, silalah datang ke pelancaran album sulung saya ini. Segala sokongan daripada anda semua sangat dihargai dan saya berharap agar anda semua dapat menerima kehadiran saya dalam industri muzik ini. Support orang kita, kita urang,” ujarnya mesra.

Mengulas lanjut mengenai pelancaran albumnya nanti, Hary memberitahu selain daripada penyanyi yang sedang mencipta nama dalam industri muzik tempatan seperti Betcy Michael, Jaymeral Henry, Usal Jon Gavis, Bernard Laimen Michael, Esther Clement Tubong dan Joseph George; abang kembarnya, Anderson Nianti juga akan tampil membuat persembahan bagi memeriahkan majlis itu nanti.

Menariknya, belum pun album ini dilancarkan, Hiburan NST difahamkan oleh sumber-sumber tertentu mengenai penerimaan positif masyarakat Sabah terhadap beberapa buah lagu yang ada dalam album ini.

Antaranya, lagu ‘Ku Sempurna’ berjaya memukau telinga pendengar sebaik sahaja ia dikeudarakan di corong radio tempatan.

Justeru, sama-sama kita nantikan kehebatan pemuda ini mengawal pentas sekaligus menyerlahkan auranya sebagai artis tempatan yang masih hijau.
Sumber News Sabah Times

Sabah Sedia Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13

SEMPORNA: Semua 25 Bahagian Umno di Sabah diarah supaya menggerakkan persiapan dan jentera masing-masing bagi menghada- pi Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU-13) akan datang, selain terus pro-aktif me- nambah ahli-ahli Umno.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, sebarang kelemahan atau kepincangan yang ada juga perlu segera diatasi agar ia tidak menjejaskan persediaan dan persiapan yang sudah dibuat.

“Kita belum tahu tarikh pilihan raya. Tetapi jentera parti perlu bersiap sedia menghadapi PRU-13 dengan memastikan pencapaian men- yapu bersih semua kerusi yang ditandingi pada pilihan raya lalu dapat dipertahankan lagi,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyeru pemimpin Umno di semua peringkat supaya men- dekati ahli-ahli di peringkat akar umbi serta pengundi- pengundi muda demi memastikan sokongan dan undi mereka pada PRU-13 berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Peng- erusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 6, di daerah ini, Ahad lalu.

Di majlis itu, Musa turut memberitahu bahawa Program Juara Rakyat yang dilaksanakan oleh Umno dilihat mendapat sokongan dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat dan justeru, program itu akan terus diperhebatkan di negeri ini.

Dengan adanya program itu katanya, ia bukan sahaja men- dekatkan hubungan di antara pemimpin dengan rakyat malah menyelesaikan banyak isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Menyentuh hal lain, Musa berkata, Umno pada bulan Ramadan tahun ini akan mene- ruskan tradisinya berbuka bersama rakyat serta menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, seperti yang dilakukan pada tahun- tahun yang lalu.

Seramai 250 orang fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas menerima sumbangan wang zakat masing-masing di majlis itu.

Hadir sama ialah Naib Presiden Umno Malaysia merang- kap Ketua Umno Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Umno Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, Ketua Umno Tawau, Datuk Tawfiq Datuk Seri Abu Bakar Titingan dan beberapa pemimpin Umno lain. Sumber News Sabah Times

Monday 8 August 2011

Badminton Kejohanan Dunia:Chong Wei Berada Di Tahap Sebenar

JIKA perlawanan pertama Datuk Lee Chong Wei dijadikan ukuran, ternyata keyakinan pemain itu dilihat menebal dalam pemburuan takhta pertamanya di Kejohanan Dunia.

Selaku pilihan utama kejohanan, Chong Wei jelas hanya menggunakan aksi sulungnya untuk mencuba pelbagai taktikal ketika mudah melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-15, 21-17 ke atas Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand dalam tempoh 31 minit, semalam.


“Saya tahu memang boleh menang, jadi saya membiarkannya mengasak saya untuk melihat sejauh mana dia boleh pergi dengan saya sendiri cuba untuk mempelbagaikan corak permainan saya.

“Sekurang-kurangnya saya dapat beraksi menentang lawan yang boleh memberikan cabaran daripada mereka yang tak mencabar langsung.


“Tapi, yang lebih penting, pertemuan itu memberikan saya keyakinan untuk berdepan dengan mereka yang lebih mencabar,” katanya sambil memberitahu yang 21-17, 21-kesakitan belakang tidak lagi mengganggunya.


Jurulatih Tey Seu Bock pula beranggapan Chong Wei bijak menggunakan perlawanan itu untuk mencuba pelbagai taktik, baik dari segi serangan mahupun sewaktu bertahan.

“Dia begitu tenang dan bermotivasi tinggi, begitu selesa dengan corak permainannya sendiri. Saya tidak perlu memberitahu apa yang perlu dilakukannya kerana dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Itu yang lebih penting,” katanya.


Menurutnya, Chong Wei juga tahu menangani tekanan dan kini mengambil setiap perlawanan satu demi satu tanpa terlalu memikirkan terlalu lalu jauh.
“Tekanan memang sentiasa memihak kepada Chong Wei kerana selaku pemain nombor satu dunia, pemain lain akan memberikan yang terbaik untuk menewaskannya. Tapi, saya percaya Chong Wei tahu apa yang perlu dilakukannya,” katanya.


Chong Wei akan berdepan pemain Indonesia, Ayus Rembaka di pusingan kedua, esok.


Sementara itu pasangan kontroversi, Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How membuat permulaan meyakinkan apabila menyingkirkan bekas juara dunia 2005, Tony Gunawan-Howard Bach 21-17, 21-14.
Oleh : Radzi Wahab di London (MyMetro)

Bonus Penjawat Awam Dan Pesara 2011 Setengah Bulan Gaji

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama

Sunday 7 August 2011

AS ketagih berhutang



BEIJING: Media China menyelar sikap AS sebagai “ketagih berhutang” selepas Washington mengambil tindakan mengejut menurunkan tahap status ekonominya, semalam.
Dalam komentar tajamnya, agensi berita Xinhua berkata, sebagai rakan dagang utama AS, kini Beijing “berhak” menuntut Washington menguruskan masalah struktur hutang semasa, selain memastikan aset China terjamin.

Penurunan status AS itu berlaku kali pertama dalam sejarah dan Beijing menganggap Washington mesti menerima hakikat pahit bahawa masa gemilang mereka kini berakhir.

“Untuk memulihkan ketagihan kepada amalan berhutang, AS perlu mengukuhkan semula prinsip bahawa seseorang mesti hidup mengikut kemampuan,” kata agensi berita itu.

Sementara itu, pegawai Jepun - rakan dagang kedua terbesar AS - memberi reaksi lebih berhati-hati dengan menyatakan keyakinan mereka terhadap Perbendaharaan “tidak terjejas.” Australia dan Korea Selatan pula mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak memberikan reaksi berlebihan kepada perkembangan terbaru kegawatan ekonomi AS itu.

India pula menganggap perkembangan terbaru itu sebagai situasi “mengerikan.” Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee, berkata New Delhi akan menganalisis situasi itu sebelum membuat komen lanjut.


“Ia akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Firma Standard & Poor (S&P) menurunkan pengiktirafan terhadap ekonomi AS daripada AAA (status tertinggi) kepada AA+, semalam.


Menurut firma itu, pegawai AS kini kurang berkemampuan mengekang defisit besar kewangan serta bebanan hutang ditanggung negara itu.

S&P juga memberi amaran, status itu boleh terus merosot dalam tempoh dua tahun jika tiada sebarang kemajuan dibuat Washington bagi mengurangkan jurang bajet kerajaan. - AFP

Saturday 6 August 2011

Ally Iskandar Putus Tunang

KALAU sudah bukan jodoh. Desas-desus berita terlerainya ikatan pertunangan antara pengacara Ally Iskandar, 35, dan Nur Aishah Zainal, 26, akhirnya terjawab setelah pengacara berkenaan membuat kenyataan media baru-baru ini.

Ally yang ditemui pada sesi rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Khamis lalu mengakui hubungannya dan Nur Aishah yang merupakan naib johan Gadis Melayu musim pertama putus setelah lima bulan bertunang.

"Pertunangan kami secara rasmi putus pada 30 Julai lalu setelah pihak keluarga saya yang diwakili kakak dan bapa saudara menemui keluarga Aishah di rumahnya.

"Apa yang boleh saya katakan kami putus secara baik dan ini adalah keputusan kami bersama. Walaupun berasa sedih, tetapi saya reda apabila kami ditakdirkan tidak dapat mendirikan rumah tangga," ujarnya.

Ditanya tentang punca perpisahan mereka, Ally menjelaskan ia disebabkan tiada keserasian yang terjalin walaupun mereka berdua sudah cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Jelas Ally, meskipun tiada lagi sebarang ikatan dengan Aishah, tetapi hubungan mereka berdua tetap baik dan masih lagi berkawan sehingga kini.

"Memang keputusan yang dibuat ini cukup berat kerana ia adalah sebahagian daripada harapan keluarga untuk melihat saya berumah tangga memandangkan usia saya kini sudah mencecah 35 tahun.

"Walaupun keputusan yang dibuat ini adalah saat umat Islam hendak menjalani ibadah puasa, namun bagi kami ia lebih baik sekiranya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," ujarnya.

Ally enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada dia masih sayang dan cinta terhadap bekas tunangnya itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.

Jelasnya lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan tentang kisah putus tunangnya kerana tidak mahu ibunya menjadi terlalu sedih terhadap apa yang telah menimpa ke atas dirinya.

"Sehingga kini ibu saya masih lagi bersedih setelah arwah ayah meninggal dunia pada bulan April lalu. Dengan apa yang terjadi kepada saya sekarang tentunya membuatkannya berasa lebih sedih," ujarnya.

Ally dan Aishah mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu dan dijadualkan mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini.

900 Pelajar Terima Komputer

PAPAR 5 Ogos - Pelajar yang menerima komputer riba 1Malaysia diingatkan supaya tidak melakukan kesalahan siber termasuk menghantar e-mel lucah, menulis komen memfitnah dan mengaibkan.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, pelajar perlu menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan itu untuk pembelajaran.
"Dalam hal ini, ibu bapa wajar memainkan peranan memantau penggunaan Internet mahu pun peranti komunikasi seperti telefon bimbit dalam kalangan anak-anak bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang berkata demikian ketika berucap di majlis Penyerahan Komputer Netbook 1Malaysia di Dewan Maktab Rendah Sains Mara di sini, hari ini.

Friday 5 August 2011

OKU Perlu Diterima Masyarakat



KOTA KINABALU: Yang DiPertua Badan Amal dan Kebaji- kan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor menyeru seluruh masyarakat di negara ini supaya tidak me- mandang ringan kebajikan dan keupayaan anak-anak istimewa, sebaliknya sentiasa bersedia menerima kehadiran mereka dalam masyarakat.
Isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti itu berkata, ini kerana setiap golongan istimewa atau Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai kelebihan dan keupayaan masing-masing yang setara dengan anak-anak sempurna, bahkan mungkin lebih hebat dari kanak-kanak normal.
“Misalnya Oscar Pistorius, yang kudung kedua-dua kakinya, kini seorang pelari pecut, begitu juga dengan Profesor Stepthen Hawkings, menghadapi celebral palsy kini seorang pakar Fizik dan Matematik.
“Tom Whittaker, kudung dari kaki hingga lutut pengasas Coope- rative Wilderness Handicapped Outdoor Group dan juga pendaki Everest kudung yang pertama dan Marla Runyan, wanita yang cacat penglihatan tetapi kerjayanya adalah seorang pelari Olimpik.
“Justeru saya berharap tiada lagi kekangan minda kalangan ibu bapa mahupun guru-guru di Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan masyarakat agar anak-anak istimewa keluar dari kepompong ‘tidak ku duga cacat begini” sebaliknya berkata “saya tidak melihat diri saya sebagai seorang OKU’,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Program Semai Bakti kepada Golongan OKU, di1Borneo, di sini, kelmarin.
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Yang DiPertua Bakti Puan Sri Hajah Noorainee Abdul Rahman, Isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) Datin Seri Panglima Hajah Faridah Tussin, Menteri Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Senator Datuk Armani Mahiruddin, ahli-ahli Bakti dan Bakisa.
Rosmah berkata, turut menyeru agar setiap badan amal negeri terus mengambil inisiatif dan tidak berputus asa melaksanakan program-program yang dapat mempersiapsiagakan golongan OKUke tahap yang lebih tinggi.
“Tingkatkan kolaborasi dengan pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan, golongan korporat mahupun individu agar kata sepakat dapat dicapai supaya mereka sentiasa menjadi sebahagian daripada masyarakat,” katanya.
Katanya, Program Semai Bakti adalah program khusus untuk menyalurkan khidmat bakti kepada golongan OKU di negara ini.
“Program ini adalah usaha sama Bakti, Badan Amal Negeri, pihak kerajaan dan swasta yang bergabung tenaga bagi melahirkan rasa prihatin dan penyayang rakyat Malaysia kepada setiap golongan masyarakat di negara ini.
“Ia bersesuaian dengan seruan Perdana Menteri kita yang ingin melihat terbinanya sebuah negara Malaysia yang rakyatnya prihatin dan penyayang,” katanya.
Beliau berkata selaras dengan seruan itu, Semai Bakti telah melancarkan program Satu PDK, Satu Produk, Penghijauan PDKatau penyediaan edible garden dan juga ternakan, di samping penganjuran program-program sedia ada seperti talentime istimewa untuk golongan OKU.
Rosmah berkata, pada tahun ini Program Semai Bakti menyerahkan sumbangan sejumlah RM54,000 kepada PDK di negeri ini bagi melaksanakan aktiviti tahunan mereka.
“Bakti membuat keputusan untuk menaikkan sumbangan kepada setiap PDK di Sabah daripada RM1,000 pada tahun lalu kepadaRM2,000 pada tahun ini kerana Bakti berjaya mengumpul dana sebanyak RM25 juta pada malam kebajikan Bakti.
“Selain itu Bakti juga menyerahkan bantuan berjumlah RM15,000 untuk diagih-agihkan oleh pihak Bakisa kepada anak-anak OKU di pusat PDK yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.
Pada majlis itu Rosmah turut menyampaikan duit raya sumbangan Perdana Menteri kepada guru-guru PDK.
Pengarah Urusan Sagajuta Sdn.Bhd Raymond Chan juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 iaitu masing-masing RM10,000 untuk Bakti dan Bakisa bagi membolehkan kedua-dua badan amal itu melaksanakan aktiviti mereka.Sumber : News Sabah Times

SESB Pertingkat Teknologi

KOTA KINABALU: Kerja-kerja mengesan kerosakan pada kabel bawah tanah akan menjadi lebih mudah dan pantas apabila empat unit kenderaan ‘cable fault location system in a test van’ akan mula digunakan sepenuhnya oleh SESB mulai minggu hadapan iaitu pada 8 Ogos 2011.
Pengurus Besar Kanan ( Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn. Bhd, Ir. Hj Abd. Razak Sallim, berkata penggunaan kenderaan ini akan memberikan kesan positif terhadap tempoh pemulihan bekalan elektrik ataupun System Average Interuption Duration Index (SAIDI) di sesebuah kawasan itu.
“Selain itu, setiap satu van ini akan ditempatkan di empat kawasan utama di Sabah untuk keperluan seharian (Pejabat kawasan SESB) iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan nilai keseluruhan (kenderaan) berjumlah RM1,949 000.
“Kenderaan yang dikenali sebagai ‘Cable fault location system in a test van’ ini juga terbahagi kepada dua jenis dan pada masa yang sama akan dapat mengurangkan tahap gangguan dan akan dapat meningkatkan perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Kunci Kenderaan ‘Cable Fault Location Set In A Test Van’ di Lobi Wisma SESB, di sini, kelmarin.
Katanya, satu unit adalah untuk kegunaan sistem penghantaran dan pembahagian (transmission and distribution system) di Kota Kinabalu yang bernilai RM516,500.
“Manakala tiga (3) unit lagi untuk kegunaan sistem pembahagian (distribution system) di Tawau, Sandakan dan W.P Labuan berjumlah (keseluruhannya) RM143,500.
“Kesemua unit ini akan digunakan pada rangkaian sistem pembahagian (distribution network) kabel Voltan Sederhana (Medium Voltage) seperti 11kV (Kilovolt) dan 33kV serta rangkaian sistem penghantaran (transmission network) kabel Voltan Tinggi (High Voltage) seperti 66 kV dan 132 kV,” jelasnya.
Penggunaan peralatan ini di bandar-bandar yang mempunyai rangkaian sistem kabel bawah tanah yang tinggi seperti Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan W.P Labuan akan memberikan sumbangan terhadap SAIDI SESB.Jumlah SAIDI Sabah setakat 1 Ogos 2011 adalah 332.05 minit bagi setiap pengguna. Sumber :News Sabah Times Online